Thursday, June 16, 2011

Sayang Sarawak

Alhamdulillah...short sem pre-sem 3 aku berjalan dgn baik dan sekarang sudahpun berakhir. Sudah tiba masanya untuk aku pulang ke pangkuan keluargaku. Aku amat memerlukan mereka sekarang. Ya..aku buntu,tak tahu ke mana arah aku. Langkah aku mulai kabur,jd,aku membuat keputusan untuk 'SCORE' lebih dalam pelajaran aku mulai sem ini. Mungkin ini langkah pertama yang wajar aku ambil untuk mulakan kehidupan baru buat diri aku. Aku tidak mahu sikapku yang tidak bermaya ini merajai diri aku yang tidak berdaya melainkan aku berusaha dan mengharapkan pertolongan dan redha daripada Allah. Aku berharap kesabaran aku semakin bertambah dan aku berharap agar Allah memberkati usaha-usaha yang aku lakukan. 

Alhamdulillah syukur sekali lagi ke hadrat ilahi kerana memberi aku kesihatan yang cukup untuk aku lalui hari-hari 'short sem' aku di sini. Dan aku bersyukur kerana Allah memberi aku rezeki untuk mengisi lapar dan dahaga aku sepanjang pengajian 'short sem 3' aku ini. Dan aku bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepadaku sepanjang aku menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan serta manfaat yang aku perolehi. Aku berharap,ilmu yang disampaikan kepada aku dapat aku ingat sampai bila-bila dan berterusan di amalkan. Aku akui ya Allah,aku hambamu kerdil dan tidak berdaya melakukan apa-apa jika tiada restu daripada Engkau. Ya Allah,semoga kenangan pahit dan manis aku disini menjadi pengajaran dan kekuatan untuk aku tempuhi di lain hari kelak dan semoga aku lebih tabah pada keesokan hari dan hari-hari yang berikutnya. Semoga aku tidak lagi terlalu sedih dengan apa yang aku rasa,apa yang aku tanggung dan dengan apa yang aku lalui. 

                                              Sajian video Sarawak buat followers Ain =)
                                            
Sayang Sarawak. Esok,tanggal 17.jun.2011,pada hari Ahad,jam 7.30 malam, aku akan menaiki flight MASwing dari kota kinabalu ke sibu. Aku amat merindui ibu dan ayah,adik aku,sanak saudara,sahabat-sahabatku dan makanan-makanan yang enak di negeri aku. Wahh...xsabar rasanya aku mahu pulang ke sana. Dan..pulangku ke sana nanti,aku sudah berjanji untuk membuat "KEK BLACKFOREST" untuk adik aku sempena hari lahirnya yang ke 17tahun tanggal 14 Jun 2011 yang lepas. Semoga plan ini menjadi dan dapat menyenangkan hati keluargaku. Aku juga bercadang...cuti ini aku mahu jalankan bisnes perniagaan lagi. Dan sekembalinya aku ke Sabah 6 Julai 2011 nanti,aku mahu cari kerja ''part time'' untuk tampung perbelanjaan harian aku. Biarpun aku mendapat bantuan PTPTN,aku tidak harus dudk berdiam diri,kerana,wang itu harus aku bayar kembali kelak. Lumrah sebagai penuntut ipta,aku harus tabah dengan semua ini.Akhir kata,Sarawak,I'll be back tomorrow! Have safe journey Ain..  ^_^ 

No comments:

Post a Comment