Friday, February 11, 2011

VALENTINE vs MAULIDUR RASUL

VALENTINE @ MAULIDUR RASUL??? Macam mana sahabat diluar sana? Valentine hari Isnin,Maulidur Rasul hari selasa selepas valentine. Buat persiapan dgn amalan membaca Al-Quran atau tengah sibuk urus SURPRISE LOVE dengan kekasih?? Ada yang dah tempah restoran dan candle light sempena Valentine? wahh..romantik nampak?? Tak nak nampak romantik sendiri-sendiri membaca Al-Quran di malam hari dan di siang hari ka saudara saudari? Sebelum tu sahabat,cuba kita fikir,yang mana satu lebih mendatangkan kepuasan diri? Valentine bersama kekasih atau memuji-muji Allah dan selawat ke atas nabi? Kemungkinan majoriti memilih valentine..hmmm..mungkin sebab terus mendapat kebahagiaan dunia yang cepat bukan? ish..ish..ish... Amalan di dunia ini bukan dapat balasan dgn segera mcm cinta mee segera di dunia ni.. Amalan kita dapat balasan di akhirat. Sama ada syurga atau neraka sahaja. Lebih manis mendapat kebahagiaan dia akhirat tapi lebih bermakana mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Sahabat..apa yang kita dapat dari Valentine. Sedihnya,itu sambutan orang kristian tapi yang peliknya kenapa terselit orang - orang Islam di dalamnya? keluarlah...itu bukan gayamu,itu bukan caramu,itu bukan cara kita! Tidak mahukah kalian merasa kemanisan iman? Nampaknya kalian tertipu dengan perkataan " HARI KEKASIH " itu... itu bukan hari kekasih..tapi hari orang2 kristian. kenapa tidak sedar-sedar lagi? mahukah kamu memperingati POPE itu? Tuhanmu,Allah,agamamu Islam. " lailahaillah muhammadurasulullah ".. lupakah kamu itu yang kamu ungkapkan selalu?? Tolong jangan bantu warga Kritian mengaut keuntungan besar mereka. orang yahudi pasti mentertawakan kita. IBLIS - IBLIS PASTI MENTERTAWAKAN KITA KERANA TERPEDAYA DENGAN BISIKAN MEREKA. sedarlah sahabat... Kekasih kita adalah Allah,bukan Pope! jika ada yang tersalah,sila betulkan,

wasalam


PENUHNYA HARIKU

Kali ni aku coret sesimple mungkin gunakan fon2 ni.. mlas nakk highlight n besarkan or kecikkan tulisan dah. Tp itulah bayangan hidup yg kita pinjam ini. kejap di atas,kejap di bawah,kejap kita disenangi,kejap kita dbenci,kejap berjaya,kejap tersungkur... Mcm2 asam garam kehidupan ini spt garam bukit dan garam proses,spt asam gelugor dan asam jawa jua. Garam bukit yg kasar,tp penuh mineral,garam kasar yg halus,spt asam keping yg kering berbeza dgn asam gelugor yg agak basah2 dan berbiji2,dan airnya boleh dgunakan untuk ubat2 ubatan. Begitulah manusia,setiap penyakit,sakit hati,sakit dada,sakit itu,sakit ini ada penawarnya. Jika tidak sekarang,kemudian baru ada atau dapat. Apa yang penting di dunia ini kena byk2 bersabar. Inilah ujian Allah untuk menduga seseorang hambanya. Aku akur dgn ketentuannya. sudah belasan tahun aku hidup. Alhamdulillah. Dan dalam belasan tahun ini juga pelbagai yg aku lihat,rasa,alami,dengar dan sebgnya. Semuanya kuasa Allah,tiada yg lain dr-Nya. Subhanallah...! Cepat atau lambat kematangan seseorang hambanya itu,yang pasti apa yang terdahulu kita sedar adalah keagungan Maha Pencipta yang mencipta dunia ini. Sebelum aku menutup mata,aku mahu leraikan apa yg pernah aku alami,rasai,sakiti,.
Aku ada keluarga. Dahulu aku tidak senang dgn keluargaku kerana cara mereka melayan ku. Aku pernah terasa tersisih jika mereka melebihkan adikku. Tapi sekarang aku tak ingat apa sebabnya. Bhaa...lupakan.. apa yang penting adalah kehidupan kami skrg. hmmm... Dulu aku pernah bercinta,tp byk kali jua aku kecewa. Dulu aku tidak pernah tau bahawa couple ni haram,tp skrg aku sudah tahu dan aku mencuba utk menahan perasaan aku dpd jatuh cinta kepada kaum adam. Bagi aku itulah kesilapan terbesar aku dalam perhubungan. Minda ku beku di situ. Aku tidak fham akan diriku sendiri,knp aku mudah jatuh cinta biarpun aku telah berkali-kali kecewa. Aku pernah katakan bahawa aku akan jumpa " mr right ". Tapi skrg baru ku tahu Mr Right itu adalah Allah. Aku seperti org yang putus harapan. Tp aku tahu,Allah pasti sdah merencanakan sesuatu utk hambanya. Aku tidak kisah tanpa cinta,yg penting aku mendapat cinta dpd Allah dan keluarga. Adapun yg aku jumpa,aku tkt utk bersamanya krn aku merasakan dia terlalu baik untukku. Adapun yang aku suka,aku terpaksa merelakan kepergiannya.
Lupakan kisah cintan mee segera aku tu,buka kidah sahabat pula. hihihi... Aku ada BFF namanya Azni,tiada siapa yg dpt megganti dirinya. Alhamdulillah sudah belasan tahun persahabatan kami terjalin. Biarpun kini masing2 terpisah sejak umur 10tahun lg,namun kami masih lg berhubung dgn baik. Syukur ke hadrat ilahi yang memanjangkan usia persahabatan kami ini. Moga2 sahabat aku trus kekal dgn jati dirinya dan tidak berubah iman dan taqwanya. Kemudian,aku dpt 2 org sahabat baik di sekolah menengah. Seorang berbangsa cina tp petah berbahasa melayu sarawak. Jadi,senanglah kami berkomunikasi. Aku suka bkawan bsama mereka. Mungkin sbb mereka jenis straight to da point kot. Ntahlah..mereka yang aku rasa selesa berkawan,cepat je aku sesuaikan diri. Tapi,kisah ini tidak lagi spt dulu. Pada tahun 2008,aku berpindah sekolah. Aku dapat tawaran kemasukan ke SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BINTULU dlm jurusan katering. sebelum berpindah aku berfikir byk kali sehabis mungkin. Aku teringat kawan2 aku. Aku akui,kawan ku 2 org itu td,merayu dgn parents aku agar menghalang aku dr berpindah sekolah. Itu keputusan aku untuk berpindah,bkn parents aku. Mungkin sbb aku mahukan suasana belajar yang lain pula. Tapi...kesian juga aku akan sahabat aku itu. Tp...keputusan tetap keputusan. Selepas pertukaran sekolah itulah segalanya bermula dan terlerai. Salah siapa pun tidak dapat dikata apa lagi. Sekolah baruku itu tidak spt sekolah lamaku,kerja aku di sekolah baru bertambah setiap hari kerana kami ada teori dan amali. Jika dulu 1.20ptg blik dr sekolah,di sana aku blik jam 4.30 atau 5ptg. Balik rmh,aku rehat sekejap,mkn,mlm mula stdy dan buat kerja sekolah. Hp?? Aku jarang dgn hp aku bila aku bz. Sejak itu,kawan aku fikir aku lupakan mereka,baru shj aku mahu merancang mahu bjumpa mereka bila balik nanti,semuanya terlmbt. Kwn aku itu jenis keras kepala,ngamlah kami bertiga sama2 keras kepala. Mungkin sbb itu kami ngam sekepala. haha!! Skrg..bolehlah bertegur sapa tp aku masih berkawan baik dgn salah seorang kami bertiga. Cuma jarang bertemu. Masing2 sudah ke haluan masing2. Kawanku,wee ik sieng td,Alhamdulillah dpt melanjutkan pelajaran ke IPG d kedah. aku tumpang hepi. =)
Bagiku sahabat penting selepas keluarga. Masuk PLKN,aku dtakdirkan mendapat 5 org sahabat yg baik,gila2,otak2(????).. hahahhaha... yong,akma,adibah,anastacia n aku. Gelaran kami di PLKN adalah Geng Kapak. ahahaha..mungkin sbb kami aktif sgt kot. hihihihi.. Manakan tidak,pertandingan semua nak sapu. Kedekut gilerr! hahaha...MMG MUKA XLEH BLAH AR!! hahahahhahahaha... Alhamdulillah skrg masih lg bersahabat. WEIII...AKU RINDU KORANG LAH PANDAIII... hek3... Pun begitu,kini semua sudah ke haluan masing2. Ada yg di selatan,utara,timur,barat. Masing2 jauh.. SKRG????skrg aku sdah pun berada di IPTA di politeknik kk,sabah. syukur sgt2.. kawan?? ada..tp... hmm..biarlah.. mungkin aku rasa diri aku tidak sesuai bkwn dgn org yg hidupnya serba serbi berbanding aku yang buruk segala ini. Aku kecik hati dan terasa spt disishkan. Lebih2 lg jika melihat mereka berbisik sesama sendiri seolah2 mentertawakan aku dpn presentation. Entahlah...hatiku sakit selama ini ku tahan akhirnya di akhiri dengan sepi tanpa bercakap. Mungkin aku tidak akan spt dulu lg bersama mereka. Biarlah...aku tahu akuu tidak layak bersahabat bersama org2 sebegitu. Untuk apa juga mereka hiraukan perasaan aku. Aku je yg beria2 mahukan yg terbaik utk mereka,tp aku? aku tahu aku kuno dr segala lagu yg kamu tahu,aku bkn berok keluar dr hutan tidak tahu lagu2 mat n minah saleh or ala2 jepun kamu,tp aku cuma tidak bminat utk tahu jika aku tidak mahu tahu. penting sgt ka? aku tahu jua aku tidak pandai memilih apa yg tercantik utk kamu bila outing krn aku tidak mahu aku salah pilih dan dah mmg aku tidak tahu pilih. jika bosan...pergilah..aku tidak kisah sendirian.

salam....

Saturday, February 5, 2011

AKU EXCIDENT!!! ^_^ ....... =( ........ T_T

Ahernya aku jumpa Dia semula. Selama ni hanya dlm gambar dan sekadar lalu shj dpn dia. Aku? Knp aku xjumpa dia sblm ni?? Aku yg malu mau jumpa. Rupanya di Sabah sini juga aku bertemunya. Sedangkan sama2 dr Sarawak. huhuhu!!! Aku xdpt gambarkan apa yg aku rasa semasa bertemu dia tadi. mungkin bkn dirancang,tapi sbnrnya aku dan dia ingin juga bertemu. tapi...hanya sebilangan ayat shj yg dpt aku keluarkan. Entah knp aku terdiam membisu disana. Malu aku Allah shj yg tahu.. Ein kata " ktk terlalu malu " ... hmmm...cmne mok molah nak?? huhu... Tp...aku cuma mahu Ein tahu malu aku itu adalah antara 9 darjah kebesaran wanita. Malu aku itu bkn yg sengaja aku lakonkan di dpnnya semata2. Tp..itu hakikat tentang aku,Ein. Aku tau kau kecewa aku xmahu bckp byk dgn kau. Aku minta maaf,aku xboleh! Allah shj yg aku sebut dlm hati.. Ya Allah... aku tak mahu lg pulang kepada diriku yg dulu! Aku mahu diriku semula spt aku baru lahir. Cukuplah sekadar aku manatap wajah engkau secara real. Aku harap aku simpan apa yg aku rasa. Jika Allah mengizinkan sebuah kisah yg manis utk kau dan aku..aku redha dan aku sedia terima krn kau telah aku kenal. Couple itu haram. aku tahu itu skrg.. Ein..andai kau tau aku masih punya perasaan dgn kau,apa kau akan lakukan? Tp aku tahu..mana mungkin benda baik akan berlaku.. haha! aku sedar itu.. Dan aku sedar aku masih berperasaan terhadap kau. TP aku bodoh untuk memikirkan semua ni! Andai kata ada jodoh..biarlah di ikuti dgn mahar... Insya Allah jika di izin Allah.. Mungkin juga kau masih bersama dgn alena.. Walaupun dahulu kau dan aku cuma sementara dgn kontrak 2 minggu itu,hanya selama itu kau telah buat aku benar2 sedar akan kewujudan kau untuk aku. Tp siapa juga aku untuk kau. Aku org biasa. Tidak semenarik spt wanita2 lain. Terima kasih untuk hari ini. KAU BAIK,KAU CARING..TP..BELUM ADA RUANG UNTUK AKU PADA KAU.. TERIMA KASIH UTK SEMUANYA

Friday, February 4, 2011

PETIKAN BUKU JANGAN BERSEDIH ( SIFAT SEMULAJADI MANUSIA )

      " Assalamualaimum... Di sini saya ingin berkongsi mengenai Islam daripada buku-buku yang saya baca. bukan sahaja mengenai Islam bahkan juga berkongsi motivasi diri. "

Saudara,
Dalam kita meniti kehidupan seharian,ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat manusia. Sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. sedih,duka,bahagia,derita,adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.

Bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira,ataupun sedih pasangannya adalah gembira. Derita pasangannya ada suka,bahagia. Maka adakalanya kita merasa sedih,dan itu adalah sifat semulajadi manusia.

Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita,membelenggu diri kita,sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan,hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya.

Sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. Bagaimana kita menjadikan sedih untuk memperhambakan diri kita kepada Allah SWT?  

                                                    ********************

sahabat...mari kita lihat dan renungkan ayat yg saya highlight kuning itu. jika kita semak semula berita-berita yang pernah kita tonton di kaca tv ataupun di dada akhbar suatu masa dulu ataupun kini,sebahagian besar daripada remaja meletakkan kesedihan itu kepada kehancuran,terutamanya wanita. Ya,wanita memang dianggap kaum yang lemah. ingat wahai wanita,jangan kerana kita dianggap lemah kita dilemahkan lagi oleh perbuatan yang sia-sia lagi mengaibkan diri sendiri. Antara kehancuran yang kita lihat,MEMBUNUH DIRI KERANA KECEWA BERCINTA,MENGUBAH DIRI DPD PEREMPUAN MENJADI LELAKI ATAU SEBALIKNYA,MELACUR DIRI KERANA KECEWA.. sahabat..maaf saya katakan dan ingin saya katakan COUPLE ITU HARAM. Akibat terbesar ia haram adalah untuk mengelakkan daripada kes-kes sebegini. KENAPA kita tidak mahu korbankan diri untuk CINTA KEPADA ALLAH SWT? Apa COUPLE itu boleh bagi kepada kita? Tidak ada apa pun sahabat. sedangkan jika kita meletakkan cinta kita kepada Allah selamanya kita bahagia nun di syurga. 

kemudian,lihat ayat yang saya highlight warna hijau. Jawapannya adalah doa. Tiada yang lain sahabat,doa. doa merupakan senjata orang Islam. Apa yang saya bicarakan ini bukan untuk membangkitkan apa-apa pun hak individu,tapi kita fikir kembali cara hidup Islam sebenar. Ini hukum Allah. bukan hukum yang direka-reka. ingat itu sahabat. jika tidak,manakan mat-mat saleh atau mem-mem orang puteh itu tertarik dengan Islam. kerana mereka mengkaji agama kita. Tapi kita? sudah tersedia Islam sejak azali lagi? Tapi mengabaikan agama sendiri. renung-renungkan sahabat.. Ini hanya infomasi semata-mata. jika ada yang tersilap,sama-anda anda dan saya perbetulkan apa yang saya kotak-katikkan ini. Saya tahu,ramai tidak dapat menerima hakikat bahawa COUPLE ITU HARAM. Itulah perkara yang paling tidak disenangi remaja sekarang. Tapi sahabat...sekali lagi saya tegaskan,ini hukum Allah SWT bukan yang direka-reka. 

wasalam

Tuesday, February 1, 2011

DUGAAN LAGI DAN LAGI... ( PASRAH )

   HARI INI....aku di uji sekali lagi... entah apa yang aku lalai. aku sesal dgn kejadian hari ini..kalau lah aku ' Double Check ' mesti xkan jd mcm ni... DUIT tuuu... apa dah jadi ni AIN??? bkn mksdku gila duit atau prntingkan wang. tapi itu tampungan untuk aku. GILA ARRR AIN. total yg aku pesan memeranjatkan aku dan 100 kali ganda dr yg dirunding... argghhhh T_T

Syukur

DAH DAPAT CREATE BLOG BARU! YEAHHH...
 Blog sebelum ni ada..tp..xdapat buka. Baru sekarang dapat buat blog baru.. huhuhuhu
 sekarang boleh arr blogging lagi.. HOPE blog yg sekarang ni dapat membuka Lembaran Baru dalam CERITERA diri aku. yalah...sepanjang musim semester baru ini aku lalui berbagai-bagai kisah.. aku pasrah atas segalanya kerna aku tahu Allah sentiasa ada untuk umatnya.. oh ya!.. Blog aku ni aku sengaja tidak meletakkan info profile diri aku. biarlah...biarkan saja begini. mungkin suatu hari nanti org2 yg FOLLOW blog aku ni akan tau juga siapa diri aku andai ada jodoh kita nanti.. tp buat masa ni ada ka FOLLOWER aku?? hahaHAHAhaaa!!! Almaklumlah blog baru ni biasa2 jer. Blg aku tidaklah sehebat blog2 org lain.. tp apa yg penting aku mahu kongsi apa yg aku mahu kongsi bersama. aku harap sesiapa saja yg TERview aku punya blog ni 'N' Follow blog aku ni,terima dgn seadanya. hik! ^_^