Monday, March 28, 2011

i dun know much

          Ya Allah... aku insan yang hina. Aku tidak pernah merasakan diriku bersih sepenuhnya. Sedangkan mereka yang lain merasakan diri mereka sangat bebas seolah-olah diri mereka tanpa salah. Mungkin benar...mungkin jua tidak. Kadang-kadang manusia kata dapat menilai diri mereka sendiri. ya benar...tapi..adalah Engkau lebih layak menilai diri kami,manusia. Entah kenapa Ya Allah aku merasakan tidak senang. Mungkin inilah yang aku dapat jika aku tidak dapat menunaikan kewajipanku setiap hari. ya..mungkin aku ada tunaikan tapi tidak sepenuhnya 5! Aku tidak tahu..aku tidak faham..aku tidak mengerti..tidak..tidak..!! Aku tidak mengerti akan diri aku,aku tidak mengerti siapa aku,aku tidak faham mengapa aku,aku tidak tahu kenapa aku. I DUN KNOW MUCH...

           Aku keliru Ya Allah.. Aku pusing...Aku rasa tidak senang hati. berrbanding dengan diriku yang dulu..aku tidak seperti selalunya. Semakin aku mencuba utk merubah segalanya,semakin itu aku rasa bagai dirundung cabaran. bukan cabaran dunia..tapi cabaran yang paling BESAR iaitu DIRI AKU. Mengapa aku begini? Mengapa aku begitu? Sedangkan diri aku bertalu-talu bertanya sendiri,apatah lagi yang disekeliling aku. Ya Allah..aku harap...Engkau tetapkan iman aku dan tingkatkan kemantapan imanku serta teguhkan aku agar selalu mencuba perbaiki diri ke jalanMu semula. Aku takut Ya Allah. Aku takut aku kalah. Kalah pada diri aku sendiri, Impian aku mahu menjadi di antara para solehah. Tidak kira apa sekalipun diri aku jatuh,bangun,jatuh dan bangun lagi...aku harus tempuhi semua ini. Aku tahu Engkau selalu di sisi hamba- hamba mu ini.

          Ya Allah..aku tidak tahu apa kena dengan aku. Apa yang salah dan kurang pada aku. mungkin apa yang terlebih pada aku yang membuatkan orang-orang di sekeliling aku begini dan begitu. hummm..sudah ku katakan tiada hasil aku lontarkan bisikan-bisikan hati aku pada mereka-mereka. yang sudah di simen tetap bentuknya begitu kecuali jika simen itu dipecahkan tapi tidak pula ia akan berubah menjadi serbuk simennya semula seperti asal.

          Kadang-kadang menusia hanya berubah pada saat yang di inginkan sahaja tapi bagaimana pula yang selepas itu? Kadang-kadang manusia hanya mengerti pada saat itu,tapi bagaimana pula selepas itu? Kadang-kadang manusia hanya memahami pada saat itu tapi bagaimana seterusnya pula? pendek kata..semuanya duniawi dan tetap sementara. Helah duniawi memang hebat tanpa kita sedari. Dugaan juga hebat. aku tahu..Aku minta agar aku dijauhi musibah tapi Allah berikan aku berbagai dugaan hanya kerana untuk memantapkan kekuatan hati aku untuk mengelak dari anasir-anasir halus. Semakin aku mencuba,semakin itu aku tersangkut-sangkut. Tapi itulah duniawi. jika tidak pernah sakit hati dan genbira terus..itu bukan erti hidup. 
         

Saturday, March 12, 2011

UNTUK KAU YANG PERTAMA ( adalah kebodohan aku )

    Hidup ini jika difikir pada akal manusia,ianya agak aneh. Tapi,bila ingat kepada sang pencipta,terasa diri ini sangat kerdil dan hina. Kita ini..semuanya menumpang pemilik ciptaan yang tidak dapat digambarkan dengan akal manusia. Menumpang keindahan,menumpang Cinta,kasih dan sayang,menumpang hasil bumi,menumpang keselesaan dan kekayaan,menumpang harta benda,menumpang nyawa,menumpang pengalaman,menumpang tuah,pendek kata dunia hanya pinjaman. Semuanya milik Allah. Cinta juga milik Allah.

    Bagi aku,permasalahan terbesar yang begitu mempengaruhi manusia adalah Cinta. Aku juga pernah bercinta suatu ketika dahulu. Bagi aku,melibatkan diri dalam percintaan umpama penagih dadah. KENAPA??? Manusia...manusia tidak pernah puas selagi tidak mendapat kesempurnaan bagi memenuhi keinginan dirinya. Itulah DUNIAWI... Cinta adalah duniawi semata-mata. Manakan tidaknya,setelah seseorang individu putuskan hubungan,dia akan pergi pula kepada cinta barunya dan seterusnya juga begitu. Sangatlah beruntung jika seseorang individu itu bertahan dengan cinta hatinya hingga akhir nyawa. Tapi, adakah tinggal kumbang - kumbang sebegitu? Mungkin ada, mungkin juga tidak dan mungkin hanya tiggal sekumpulan sahaja. 

     Begitu juga dengan aku. Dahulu,aku pernah bercinta. Sekarang, aku mencuba menjauh dari cinta fatamorgana. Belum tentu insan yang aku sayang itu akan kekal selamanya dengan aku. Dan tidak mustahil juga insan - insan terdahulu yang pernah pergi dari hidup aku akan bersama aku semula. Siapa tahu..itu semua kuasa Allah SWT. Adapun yang dapat menghalang, itu adalah kerja kerakusan nafsu manusia. Hihh..tidak ku hairan jika itu semua berlaku. Manusia tidak dilahirkan sedemikian rupa,tapi hati ;raja tubuh mereka yang mendorong semuanya ditambah dengan bisikan syaitan. 
      
    Kenapa aku tidak lagi bercinta? Aku tahu,mungkin ramai yang melontarkan persoalan itu dibenak hati mereka. Mungkin juga ada yang fikir,hipokritkah aku? Hihi..biarlah mereka fikir apa pun,apa yang penting aku tahu keputusan yang aku buat dan yang aku lakukan. Aku punya banyak sebab. Mungkin aku mahu menunggu seseorang yang pertama sekali masuk dalam watak aku suatu ketika dahulu. Mungkin dia satu-satunya orang yang langsung tidak dapat aku lupakan dari dulu hinggalah sekarang. Walaupun semua ini berlaku 5 tahun yang lepas... =_=  Dia masih menang di hati aku tapi hatiku dijuarai oleh Allah. ya..Aku hentikan permainan dniawi ini untuk Allah. Aku mahu melabuhkan cintaku kepada Allah seperti mana aku melipat kemas rasa rindu aku pada kaum adam yang aku rindui selama 5 tahun lamanya. Biarpun aku pendam,tapi aku tahu dia mengerti apa yang aku rasa. Dan mungkin disebabkan itu juga dia berdiam diri ketika berjumpa denganku. Tak mengapa...aku faham. Said,aku tidak mengerti mengapa aku kalah dengan perasaan aku ini. Aku tak menegrti kenapa aku masih menunggu engkau. Aku juga tidak mengerti kenapa begitu senang aku melupakan bekas-bekas teman lelaki aku yang lain tetapi engkau TIDAK! Said,aku tidak mengerti semuanya. Aku pernah menunggu kau selama setahun lebih setelah aku seperti orang yang bodoh menunggu kehadiran kau sehinggalah.......

    " ain,kau pergi mana? cari Said ka? " "ya,cari said. ada nampak Said? " " ain,kau belum tahu lg? " " tahu apa? =) " " ain..said dah pindah dari sini. " " pindah? tapi..aku tak tahu pun? " ya,pindah...ke....kuching "  

    Said..kau tahu? Sejak itu,aku tidak pernah lagi ada kesabaran. Dahulu,kesabaran aku tidak pernah ada had,sebab itu aku mampu menunggu kau selama itu. huh....tapi sekarang semuanya sudah berbeza. Kesabaran aku ada had. TAPI! sekali lagi,kesabaran aku tidak pernah ada had untuk kau dan Allah kecuali dengan orang-orang lain. Aku sedih...tapi..aku tetap terus kan. Said,semasa aku menghadiri majlis kahwin saudaraku,aku tidak pernah tahu pengantin itu juga saudara kau. Dan aku terkejut melihat kau di situ. Aku terus hilang selera,bukan kerana sengaja,tapi hati aku luluh melihat kau begitu gembira seperti orang yang tak punya perasaan. aku jadi pelik melihat senyuman itu. Ya..aku tahu..lelaki penuh dengan sikap Cool. Tapi aku? Aku terasa seperti orang yang bodoh untuk berada di situ. Kemudian..abang kau ternampak aku dan memberitahu kepada kau. Kau sengaja buat tak tahu.Kemudian,semasa aku mahu pulang, kau mengekori aku dari belakang,apabila aku menoleh kau cuba untuk mengur aku,tapi disebabkan amarah aku,aku tidak pedulikan kau. Aku berhak berlaku sedemikian rupa kepada kau setelah kau buat aku sebegitu! Tapi,jauh sudut hatiku,aku senang hati melihat keadaan kau baik-baik sahaja dan ceria memandang aku semasa kau mahu menegur aku. Aku tidak tahu apa masalah kau dan punca kau tinggalkan aku mentah-mentah tanpa sebarang kata. Sehingga hari ini,aku masih tertanya-tanya soalan itu. Sejak itu,takdir selalu menemukan kita pada hari-hari istimewa. Kali terakihir aku melihat kau adalah di hari raya lepas. 

     Said...adakah masih diri aku diperlukan dalam hidup kau? aku mengerti,semua ini berlaku di usia kita belum matang. Tapi kau tidak tahu,bagi aku,setiap yang berada di sekeliling aku adalah Penting. Dan perasaan aku bukan main-main. Adakah suatu masa nanti akan ada hari istimewa buat kita? haha!! Mana mungkin bukan? Aku belum sempat mengucapkn terima kasih kepada engkau atas segalanya untuk aku. TERIMA KASIH ^_^    Said...andai aku ada kesalahan terhadap engkau di masa lalu,aku harap kau maafkan dan halalkan segalanya. Dan andai aku yang bersalah dalam perhubungan pada masa lampau,katakanlah.. usik aku dengan bunga api bintang,2 jenis kad raya ( 1 kecik,1besar), angpau raya dr kau,ke perpustakaan,tolong aku siapkan projek reka cipta utk sekolah ( terutama tolong buat kereta dr tanah liat ),suka dtg ke rumah aku secara mengejut sehingga org rumah kau sibuk cari kau,dan...surat dan bunga di masjid yang kau petik. ='). TERIMA KASIH UTK SEMUANYA.

    " aku cuma tidak dapat lupakan semua ini dan semuanya tergantung begitu sahaja dari dahulu lagi. dan aku tak dapat perlakukan orang lain seperti aku perlakukan kau dahulu. MAAF. semoga kau dalam keadaan baik-baik sahaja. "