Wednesday, June 15, 2011

Beyond of My Smile And My Attitude

I'm always act like nothing is wrong. Ya...aku selalu berlakon seolah-olah tiada apa yg berlaku selama ini. Mungkin bagi org lain ini adalah kisah remeh. Tetapi,bagi aku,Ini satu penantian yang amat penting. Mungkin jua bg mereka yang diluar sana ini adalah kebodohan tapi tidak bagi aku. Aku menunggu aebuah jawapan. Jawapan yang aku tidak tahu sama ada berbaloi atau[un tidak. Perasaan aku bukan main-main. Jika aku mencintai dan menyayangi seseorang,susah untuk aku melupakan. Aku mahu sampaikan pesanan ini buat dia yang pernah curi hati aku hampir 8 tahun yang lepas,selepas dia pergi tanpa memberitahu kepada aku selama hampir satu bulan,aku ingatkan dia tidak boleh keluar dari rumah atau dihalang untuk keluar. Kerana...setiap hari dia akan keluar senyap-senyap dan akan pergi ke rumah aku untuk menjenguk aku. Pernah satu hari tu,aku dan kawan-kawan aku menyiapkan projek reka cipta kami. Waktu itu,dia datang ke rumah aku. Walaupun kenangan ini kecil bg aku,masih lg aku ingat akan kereta yang dia pernah reka dari tanah liat untuk bantu kumpulan kami. Masa itu,tiba-tiba dia berdiam diri dan berlalu dari dumah aku begitu sahaja, Pada mulanya aku tidak tahu apa puncanya dia bersikap sedemikian,tapi aku sedar,mungkin dia merasa kecil hati kerana aku tidak menghiraukan dia pada masa itu. Said..Ain minta maaf,Ain tak sengaja. Ain sibuk dengan kerja masa itu. Aku tahu dia jenis yang mudah kecil hati. Tapi,apa yang dia lakukan terhadap aku,sedikitpun aku tidak berkecil hati. Tapi,selepas kejadian dia meninggalkan aku tanpa khabar aku jadi seorang yang mudah berkecil hati kerana aku takut aku dilukai lagi baik sama ada daripada kawan ataupun keluarga. Aku bimbang semasa kau pergi walaupun aku baru tahu sebulan selepas kau pergi tanpa khabar. Itupun daripada mulut org lain. Sebulan lebih...rupanya dalam masa itu aku sudah ditinggalkan. Kemudian,beberapa bulan selepas kejadia itu,aku dan dia bertemu di suatu majlis perkahwinan juga saudara kami. Aku terkejut melihat kehadirannya di situ. Aku terkejut kerana tidak menyangka kami akan bertemu di situ. Masa itu,aku memang terasa mahu balik dengan segera kerana aku takut aku mulakan lagi airmata ini membazir untuk sesuatu yang tidak pasti untukku. Aku sedar masa itu dia mahu menegur aku,lalu dia mengekori aku dari belakang. Engkau tersenyum gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku,tapi tahukah engkau apa yang aku rasa? Aku tahu engkau berkecil hati sekali lagi kerana aku tidak melayan engkau pada masa itu. Pada masa itu semuanya sudah terlambat,kerana aku terpaksa bergegas balik. KENAPA ENGKAU TIDAK TEGUR SAHAJA AKU SEMASA AKU ADA DI DEPAN MATA KAU SEMENTARA AKU MASIH LAMA BERADA DI SITU? KENAPA MASA AKU MAHU BALIK BARU ENGKAU MAHU UNTUNK MENEGUR AKU?? Jujur...aku masih sayangkan engkau sampai sekarang. Aku mahu kau tahu,selama ini aku cuba elakkan diri daripada lelaki lain semata-mata percaya yang engkau akan kembali lagi. Lama kelamaan,aku sedar engkau menjauhkan diri dari aku. Sudah beberapa kali juga kita bertemu,berkumpul,tapi engkau berlakon seolah-olah tidak nampak aku. Jika aku yang bersalah selama ini,katakan apa yang telah aku lakukan. Buat pengetahuan Said,Ain telah banyak kali cuba mencari bagaimana untuk berhubung dengan Said Ain tidak tahu alamat baru Said,ataupun nombor telefon Said pada masa itu. Ain pernah bertanya kepada sepupu perempuan Said,Jira,ain pernah bertanya tentang Said dan nombor Said,tapi dia kata,dia tidak tahu. Di sebalik senyuman dan sikap Ain selama ini,terlindung satu perasaan dan pelbagai pertanyaan tentang Said. Ain tidak tahu,apakah penantian Ain ini berbaloi atau hanya sia-sia. Aku tidak pasti dimana silap dan salah siapa.

No comments:

Post a Comment