Bagi aku,permasalahan terbesar yang begitu mempengaruhi manusia adalah Cinta. Aku juga pernah bercinta suatu ketika dahulu. Bagi aku,melibatkan diri dalam percintaan umpama penagih dadah. KENAPA??? Manusia...manusia tidak pernah puas selagi tidak mendapat kesempurnaan bagi memenuhi keinginan dirinya. Itulah DUNIAWI... Cinta adalah duniawi semata-mata. Manakan tidaknya,setelah seseorang individu putuskan hubungan,dia akan pergi pula kepada cinta barunya dan seterusnya juga begitu. Sangatlah beruntung jika seseorang individu itu bertahan dengan cinta hatinya hingga akhir nyawa. Tapi, adakah tinggal kumbang - kumbang sebegitu? Mungkin ada, mungkin juga tidak dan mungkin hanya tiggal sekumpulan sahaja.
Begitu juga dengan aku. Dahulu,aku pernah bercinta. Sekarang, aku mencuba menjauh dari cinta fatamorgana. Belum tentu insan yang aku sayang itu akan kekal selamanya dengan aku. Dan tidak mustahil juga insan - insan terdahulu yang pernah pergi dari hidup aku akan bersama aku semula. Siapa tahu..itu semua kuasa Allah SWT. Adapun yang dapat menghalang, itu adalah kerja kerakusan nafsu manusia. Hihh..tidak ku hairan jika itu semua berlaku. Manusia tidak dilahirkan sedemikian rupa,tapi hati ;raja tubuh mereka yang mendorong semuanya ditambah dengan bisikan syaitan.
" ain,kau pergi mana? cari Said ka? " "ya,cari said. ada nampak Said? " " ain,kau belum tahu lg? " " tahu apa? =) " " ain..said dah pindah dari sini. " " pindah? tapi..aku tak tahu pun? " ya,pindah...ke....kuching "
Said..kau tahu? Sejak itu,aku tidak pernah lagi ada kesabaran. Dahulu,kesabaran aku tidak pernah ada had,sebab itu aku mampu menunggu kau selama itu. huh....tapi sekarang semuanya sudah berbeza. Kesabaran aku ada had. TAPI! sekali lagi,kesabaran aku tidak pernah ada had untuk kau dan Allah kecuali dengan orang-orang lain. Aku sedih...tapi..aku tetap terus kan. Said,semasa aku menghadiri majlis kahwin saudaraku,aku tidak pernah tahu pengantin itu juga saudara kau. Dan aku terkejut melihat kau di situ. Aku terus hilang selera,bukan kerana sengaja,tapi hati aku luluh melihat kau begitu gembira seperti orang yang tak punya perasaan. aku jadi pelik melihat senyuman itu. Ya..aku tahu..lelaki penuh dengan sikap Cool. Tapi aku? Aku terasa seperti orang yang bodoh untuk berada di situ. Kemudian..abang kau ternampak aku dan memberitahu kepada kau. Kau sengaja buat tak tahu.Kemudian,semasa aku mahu pulang, kau mengekori aku dari belakang,apabila aku menoleh kau cuba untuk mengur aku,tapi disebabkan amarah aku,aku tidak pedulikan kau. Aku berhak berlaku sedemikian rupa kepada kau setelah kau buat aku sebegitu! Tapi,jauh sudut hatiku,aku senang hati melihat keadaan kau baik-baik sahaja dan ceria memandang aku semasa kau mahu menegur aku. Aku tidak tahu apa masalah kau dan punca kau tinggalkan aku mentah-mentah tanpa sebarang kata. Sehingga hari ini,aku masih tertanya-tanya soalan itu. Sejak itu,takdir selalu menemukan kita pada hari-hari istimewa. Kali terakihir aku melihat kau adalah di hari raya lepas.
Said...adakah masih diri aku diperlukan dalam hidup kau? aku mengerti,semua ini berlaku di usia kita belum matang. Tapi kau tidak tahu,bagi aku,setiap yang berada di sekeliling aku adalah Penting. Dan perasaan aku bukan main-main. Adakah suatu masa nanti akan ada hari istimewa buat kita? haha!! Mana mungkin bukan? Aku belum sempat mengucapkn terima kasih kepada engkau atas segalanya untuk aku. TERIMA KASIH ^_^ Said...andai aku ada kesalahan terhadap engkau di masa lalu,aku harap kau maafkan dan halalkan segalanya. Dan andai aku yang bersalah dalam perhubungan pada masa lampau,katakanlah.. usik aku dengan bunga api bintang,2 jenis kad raya ( 1 kecik,1besar), angpau raya dr kau,ke perpustakaan,tolong aku siapkan projek reka cipta utk sekolah ( terutama tolong buat kereta dr tanah liat ),suka dtg ke rumah aku secara mengejut sehingga org rumah kau sibuk cari kau,dan...surat dan bunga di masjid yang kau petik. ='). TERIMA KASIH UTK SEMUANYA.
" aku cuma tidak dapat lupakan semua ini dan semuanya tergantung begitu sahaja dari dahulu lagi. dan aku tak dapat perlakukan orang lain seperti aku perlakukan kau dahulu. MAAF. semoga kau dalam keadaan baik-baik sahaja. "
No comments:
Post a Comment