" Assalamualaimum... Di sini saya ingin berkongsi mengenai Islam daripada buku-buku yang saya baca. bukan sahaja mengenai Islam bahkan juga berkongsi motivasi diri. "
Saudara,
Dalam kita meniti kehidupan seharian,ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat manusia. Sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. sedih,duka,bahagia,derita,adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.
Bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira,ataupun sedih pasangannya adalah gembira. Derita pasangannya ada suka,bahagia. Maka adakalanya kita merasa sedih,dan itu adalah sifat semulajadi manusia.
Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita,membelenggu diri kita,sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan,hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya.
Sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. Bagaimana kita menjadikan sedih untuk memperhambakan diri kita kepada Allah SWT?
********************
sahabat...mari kita lihat dan renungkan ayat yg saya highlight kuning itu. jika kita semak semula berita-berita yang pernah kita tonton di kaca tv ataupun di dada akhbar suatu masa dulu ataupun kini,sebahagian besar daripada remaja meletakkan kesedihan itu kepada kehancuran,terutamanya wanita. Ya,wanita memang dianggap kaum yang lemah. ingat wahai wanita,jangan kerana kita dianggap lemah kita dilemahkan lagi oleh perbuatan yang sia-sia lagi mengaibkan diri sendiri. Antara kehancuran yang kita lihat,MEMBUNUH DIRI KERANA KECEWA BERCINTA,MENGUBAH DIRI DPD PEREMPUAN MENJADI LELAKI ATAU SEBALIKNYA,MELACUR DIRI KERANA KECEWA.. sahabat..maaf saya katakan dan ingin saya katakan COUPLE ITU HARAM. Akibat terbesar ia haram adalah untuk mengelakkan daripada kes-kes sebegini. KENAPA kita tidak mahu korbankan diri untuk CINTA KEPADA ALLAH SWT? Apa COUPLE itu boleh bagi kepada kita? Tidak ada apa pun sahabat. sedangkan jika kita meletakkan cinta kita kepada Allah selamanya kita bahagia nun di syurga.
kemudian,lihat ayat yang saya highlight warna hijau. Jawapannya adalah doa. Tiada yang lain sahabat,doa. doa merupakan senjata orang Islam. Apa yang saya bicarakan ini bukan untuk membangkitkan apa-apa pun hak individu,tapi kita fikir kembali cara hidup Islam sebenar. Ini hukum Allah. bukan hukum yang direka-reka. ingat itu sahabat. jika tidak,manakan mat-mat saleh atau mem-mem orang puteh itu tertarik dengan Islam. kerana mereka mengkaji agama kita. Tapi kita? sudah tersedia Islam sejak azali lagi? Tapi mengabaikan agama sendiri. renung-renungkan sahabat.. Ini hanya infomasi semata-mata. jika ada yang tersilap,sama-anda anda dan saya perbetulkan apa yang saya kotak-katikkan ini. Saya tahu,ramai tidak dapat menerima hakikat bahawa COUPLE ITU HARAM. Itulah perkara yang paling tidak disenangi remaja sekarang. Tapi sahabat...sekali lagi saya tegaskan,ini hukum Allah SWT bukan yang direka-reka.
wasalam
No comments:
Post a Comment